Hafiz Baharudin & AssociatesEst 2021

Anda mangsa. Apa jadi dengan kes anda?

Laporan polis sudah dibuat. Selepas itu ramai mangsa tak tahu apa yang sedang berlaku, siapa yang patut dihubungi, atau apa peranan mereka di mahkamah.

WhatsApp kami sekarang Atau isi borang ringkas

Bila mangsa dan keluarga patut dapatkan peguam

  • Anda tak tahu status siasatan.Sudah lama laporan dibuat, tetapi anda tak tahu apa yang sedang berlaku.
  • Anda rasa aduan anda tidak difahami.Kadangkala ini berlaku kerana masalah tidak disampaikan dengan jelas dan teratur.
  • Anda mangsa kesalahan seksual dan tak tahu mula dari mana.Perkara ini sangat peribadi; anda tidak perlu menghadapinya seorang diri.
  • Kes sudah sampai ke mahkamah.Anda mahu tahu perkembangan kes dan peranan anda.
  • Anda mahu suara anda didengar semasa hukuman.Mangsa atau keluarga boleh meminta untuk membuat kenyataan impak sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.
  • Anda mengalami kerugian atau kecederaan.Undang-undang membenarkan pampasan diperintahkan selepas sabitan.

Bagaimana peguam membantu mangsa

  1. Aduan yang jelas dan teratur. Kami bantu susun kronologi dan bukti supaya laporan dan keterangan anda jelas, lengkap dan mudah difahami.
  2. Berurusan dengan polis dan pendakwaan. Kami boleh berhubung dengan pegawai penyiasat dan pihak pendakwaan bagi pihak anda, untuk bertanya perkembangan dan menyampaikan kebimbangan anda.
  3. Pemerhati di mahkamah (watching brief). Kami boleh hadir dan memerhati prosiding bagi pihak anda, dan menerangkan apa yang berlaku.
  4. Kenyataan impak mangsa. Sebelum hukuman dijatuhkan, mahkamah akan memanggil mangsa atau ahli keluarga untuk membuat kenyataan tentang kesan kesalahan itu, jika diminta (Seksyen 183A, Kanun Tatacara Jenayah). Kami bantu menyediakannya.
  5. Pampasan. Selepas sabitan, atas permohonan Pendakwa Raya, mahkamah hendaklah memerintahkan pampasan kepada mangsa bagi kecederaan, kerugian atau kerosakan tertentu (Seksyen 426(1A), Kanun Tatacara Jenayah). Kami boleh memaklumkan pendakwaan bahawa anda mahu permohonan itu dibuat.

Perbincangan dengan kami adalah sulit. Kami faham sebahagian kes, terutama kesalahan seksual, sangat peribadi.

Rujukan undang-undang

  • Seksyen 183A dan 426(1A), Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (teks LOM dikemas kini setakat 4 Julai 2023)

Teks akta daripada Laman Undang-Undang Malaysia (LOM), Jabatan Peguam Negara. Undang-undang boleh berubah; semak dengan peguam untuk kes anda.

Dikemas kini 15 November 2026. Maklumat umum, bukan nasihat undang-undang untuk kes anda.

Tempah sesi konsultasi

WhatsApp kami, atau isi borang ringkas. Tak perlu cerita butiran kes di situ.

WhatsApp kami sekarangAtau isi borang ringkas