Hafiz Baharudin & AssociatesEst 2021

Hubungi kami

Cara paling cepat: WhatsApp. Atau isi borang ringkas di bawah.

WhatsApp kami sekarang

Pejabat

Messrs Hafiz Baharudin & Associates
B-34-05, Trefoil@Setia City, 2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH
40170 Shah Alam, Selangor

Tel: +60 11-6547 4800
Waktu pejabat: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 4:30 petang
Mesej WhatsApp dibalas dalam waktu pejabat. Di luar waktu itu, balasan mungkin lewat.

5.0 di Google, daripada 11 ulasan klien (disemak 15 November 2026)

Bagaimana sesi konsultasi berjalan

Dari mesej pertama hingga hujung sesi. Ini yang anda boleh jangkakan.

  1. Anda hubungi kami

    Melalui WhatsApp atau borang ringkas. Tak perlu cerita butiran kes di situ.

  2. Saringan ringkas

    Kami tanya beberapa soalan asas untuk pastikan perkara anda dalam bidang amalan kami dan tiada konflik kepentingan. Kemudian kami cadangkan jenis sesi yang sesuai: sesi ringkas 15 minit, sesi penuh 1 jam online, atau sesi penuh 1 jam di pejabat.

  3. Yuran dan masa dimaklumkan

    Kami beritahu yuran dan tempoh sesi melalui WhatsApp. Anda yang putuskan. Sesi hanya ditetapkan selepas anda bersetuju.

  4. Sediakan dokumen

    Kami beritahu dokumen yang patut dibawa, contohnya kertas pertuduhan, notis, surat, perjanjian atau mesej berkaitan.

  5. Sesi bersama peguam

    Online melalui Google Meet atau WhatsApp call, atau bersemuka di pejabat kami di Shah Alam. Peguam dengar fakta anda, terangkan undang-undang yang terpakai, dan jawab soalan anda.

Di hujung sesi, anda akan tahu

  • Kedudukan anda dari segi undang-undang, dan proses yang mungkin berlaku seterusnya.
  • Pilihan dan langkah yang boleh anda ambil, termasuk tarikh akhir yang perlu dijaga.
  • Dokumen atau bukti yang perlu anda kumpul.
  • Jika anda mahu melantik kami, skop kerja dan yuran guaman dimaklumkan sebelum apa-apa dipersetujui.

Sesi konsultasi bukan pelantikan. Anda bebas membuat keputusan selepas sesi. Kami tidak menjanjikan keputusan kes.

Apa yang anda beritahu peguam adalah sulit, dan dilindungi undang-undang

Peguam tidak boleh mendedahkan apa yang anda sampaikan kepadanya dalam urusan guaman, atau nasihat yang diberikan kepada anda, kecuali dengan persetujuan nyata anda (Seksyen 126(1), Akta Keterangan 1950). Kewajipan ini berterusan walaupun urusan guaman telah tamat (Huraian, Seksyen 126). Ia juga terpakai kepada jurubahasa, kerani dan pekerja peguam (Seksyen 127).

Pengecualian: komunikasi untuk tujuan yang menyalahi undang-undang tidak dilindungi (proviso Seksyen 126(1)). Teks Akta Keterangan 1950 daripada cetakan semula LOM, pindaan setakat 3 Mac 2025.

Tempah sesi konsultasi

Jangan tulis butiran kes dalam borang. Kita bincang dalam sesi.

Sesi konsultasi dikenakan bayaran.Kami maklumkan yuran dan tempoh sesi melalui WhatsApp. Sesi hanya ditetapkan selepas anda bersetuju.
Jenis sesi yang anda mahu

Ingat: setiap jenis sesi di atas dikenakan bayaran. Yuran dimaklumkan dalam WhatsApp sebelum anda bersetuju.

Butang ini membuka WhatsApp dengan jawapan anda. Tekan hantar dalam WhatsApp untuk sampai kepada kami.