Hafiz Baharudin & AssociatesEst 2021

Dituduh melakukan kesalahan seksual?

Tuduhan kesalahan seksual memberi kesan besar kepada hidup seseorang, walaupun sebelum kes dibicarakan. Setiap tertuduh berhak dibicarakan secara adil dan diwakili peguam.

WhatsApp kami sekarang Atau isi borang ringkas

Prinsip asas

  • Tertuduh tidak boleh disabitkan kecuali pendakwaan membuktikan kesnya. Selepas kes pendakwaan ditutup, mahkamah menilai sama ada kes prima facie telah dibuktikan (Seksyen 173(f) dan 180, Kanun Tatacara Jenayah).
  • Kes prima facie bermaksud pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai bagi setiap unsur kesalahan (Seksyen 180(4)).

Kenapa perlu peguam dari awal

  • Rakaman percakapan dan keterangan awal sering menjadi persoalan utama dalam perbicaraan.
  • Hak untuk berunding dengan peguam sebelum disoal (Seksyen 28A, Kanun Tatacara Jenayah).

Soalan lazim

Apa maksud kes prima facie?

Pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai bagi setiap unsur kesalahan (Seksyen 180(4), Kanun Tatacara Jenayah). Mahkamah menilainya selepas kes pendakwaan ditutup (Seksyen 173(f) dan 180).

Bolehkah saya berunding dengan peguam sebelum disoal?

Ya. Orang yang ditangkap mesti diberitahu dia boleh menghubungi serta berunding dengan peguam pilihannya sebelum disoal (Seksyen 28A, Kanun Tatacara Jenayah).

Adakah perbincangan dengan peguam sulit?

Ya. Semua perbincangan dengan peguam adalah sulit.

Bagaimana kami bantu

  • Mengendalikan perkara anda secara sulit.
  • Meneliti keterangan pendakwaan, termasuk keterangan perubatan dan forensik.
  • Menyediakan pembelaan dan menyoal balas saksi di mahkamah.

Lihat perjalanan penuh kes jenayah ›

Rujukan undang-undang

  • Seksyen 28A, 173 dan 180, Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (teks LOM dikemas kini setakat 4 Julai 2023)

Teks akta daripada Laman Undang-Undang Malaysia (LOM), Jabatan Peguam Negara. Undang-undang boleh berubah; semak dengan peguam untuk kes anda.

Dikemas kini 15 November 2026. Maklumat umum, bukan nasihat undang-undang untuk kes anda.

Tempah sesi konsultasi

WhatsApp kami, atau isi borang ringkas. Tak perlu cerita butiran kes di situ.

WhatsApp kami sekarangAtau isi borang ringkas