Hafiz Baharudin & AssociatesEst 2021

Akaun bank anda dikaitkan dengan penipuan?

Ramai tahu akaunnya digunakan scammer hanya bila akaun dibekukan, atau bila dipanggil polis. Ada yang langsung tak tahu bagaimana akaunnya terlibat.

WhatsApp kami sekarang Atau isi borang ringkas

Apa yang biasanya berlaku

  • Akaun dibekukan dan anda tidak boleh mengeluarkan wang.
  • Anda dipanggil ke balai untuk memberi keterangan tentang transaksi dalam akaun anda.
  • Dalam sesetengah kes, pemilik akaun didakwa di mahkamah.

Sebelum memberi keterangan

  • Anda wajib menjawab soalan berkaitan kes dan bercakap benar (Seksyen 112(2) dan (3), Kanun Tatacara Jenayah).
  • Anda boleh enggan menjawab soalan yang jawapannya boleh mendedahkan anda kepada pertuduhan jenayah (proviso Seksyen 112(2)).
  • Bawa rekod yang anda ada: penyata bank, mesej, dan apa-apa bukti bagaimana akaun anda digunakan.

Soalan lazim

Akaun saya dibekukan. Adakah saya pasti didakwa?

Tidak semestinya. Biasanya akaun dibekukan dan pemiliknya dipanggil memberi keterangan. Dalam sesetengah kes, pemilik akaun didakwa di mahkamah.

Wajibkah saya menjawab semua soalan polis?

Anda wajib menjawab soalan berkaitan kes dan bercakap benar, tetapi boleh enggan menjawab soalan yang jawapannya boleh mendedahkan anda kepada pertuduhan jenayah (Seksyen 112(2) dan (3), Kanun Tatacara Jenayah).

Apa yang patut saya bawa semasa memberi keterangan?

Rekod yang anda ada: penyata bank, mesej, dan apa-apa bukti bagaimana akaun anda digunakan.

Video: Sewa akaun bank

Tonton penerangan video

Video ini dimuatkan dari TikTok hanya selepas anda tekan. TikTok mungkin menggunakan kuki sendiri.

Bagaimana kami bantu

  • Menilai kedudukan anda sebelum anda memberi keterangan.
  • Menyusun kronologi dan bukti tentang bagaimana akaun anda digunakan.
  • Mewakili anda jika anda didakwa.

Lihat perjalanan penuh kes jenayah ›

Rujukan undang-undang

  • Seksyen 112, Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (teks LOM dikemas kini setakat 4 Julai 2023)

Teks akta daripada Laman Undang-Undang Malaysia (LOM), Jabatan Peguam Negara. Undang-undang boleh berubah; semak dengan peguam untuk kes anda.

Dikemas kini 15 November 2026. Maklumat umum, bukan nasihat undang-undang untuk kes anda.

Tempah sesi konsultasi

WhatsApp kami, atau isi borang ringkas. Tak perlu cerita butiran kes di situ.

WhatsApp kami sekarangAtau isi borang ringkas